Nota Sains Tahun 4

                                             Keperluan Asas Manusia  
Manusia memerlukan 4 keperluan asas. Jika kita tidak memiliki keempat-empatnya atau salah satu daripadanya, manusia berkemungkinan besar boleh mati dalam suatu tempoh tertentu.


Manusia memerlukan air untuk mengawal suhu badan manusia.
 Manusia memerlukan makanan untuk
- mendapatkan tenaga
- membesar
- kekal sihat Manusia memerlukan udara untuk bernafas.
Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya (haiwan liar, haiwan    berbisa, haiwan buas), dan perubahan cuaca (hujan, panas, ribut, sejuk),

Menyiasat Alam Kehidupan 


                                          Proses Hidup Manusia


Manusia menjalani beberapa proses hidup untuk manusia kekal hidup di dunia bersandarkan kepada empat keperluan asas (air, udara, makanan, tempat perlindungan).


* Pernafasan Manusia
 Manusia bernafas menggunakan hidung / mulut –> salur udara –> peparu .
 Apabila menghembus nafas, udara keluar dari peparu –> salur udara –> hidung / mulut .


* Perkumuhan dan Penyahtinjaan
 Daripada makanan yang kita makan, terdapat sebahagian yang tidak tercerna dan bahagian yang dicerna juga menghasilkan bahan buangan.
 Pembuangan dalam bentuk pepejal ialah nyahtinja.
 Pembuangan dalam bentuk cecair ialah berkumuh. Contoh : air peluh, air kencing, wap air (daripada pernafasan).


* Gerak Balas Terhadap Ransangan
 Manusia juga bergerak balas terhadap ransangan secara spontan (tidak melalui berfikir / niat) .
 Contoh : Kita secara automatik menarik tangan kita apabila tersentuh cawan berisi air panas.
 Kita juga akan menggigil apabila kesejukan. Apabila kita termakan makanan yang masam, automatik mata kita akan terpejam seketika.


* Pembiakan Manusia
 Manusia membiak dengan melahirkan anak.
 Sekiranya manusia berhenti membiak, bilangan manusia di muka bumi akan berkurang dan akhirnya pupus.

Pengukuran 
DEFINISI
Panjang          -           jarak antara dua titik
Luas               -           saiz sesuatu permukaan
Isipadu            -          jumlah ruang yang diisi
Masa              -          tempoh antara dua ketika 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Mohd Mustakim Kamarudin said...

nota yang cantik bagi bentuk peta minda...tahniah cikgu

yaya said...

saya minat sains

yaya said...

saya nak belajar sungguh sungguh supaya dapat mencapai cita- cita saya......saya nak belajar rajin - rajin untuk ibu bapa saya..........saya nak minta maaf ibu , ayah

Comel my cat... said...

Saya kagum dengan nota yang tuan berikan... Syabas

Post a Comment