Tips Menjawab Soalan


Tips Mudah Bahagian B

Sebagai permulaan, kita akan melihat format dan kaedah dalam menjawab Bahagian B kertas Sains UPSR.

Sebenarnya, bahagian kedua ini amat mudah untuk diskor, dengan syarat murid setidak-tidaknya tahu teori asas Sains, dan tahu untuk menggunakan bahasa.

Bahagian ini ada 4 - 5 soalan yang wajib dijawab kesemuanya. Lazimnya setiap soalan memberi antara 4 - 5 markah. Oleh itu, markah penuh bahagian ini ialah 20 markah. Boleh dikatakan soalan-soalannya adalah diulang-ulang. Murid boleh menyemak daripada buku latihan koleksi UPSR yang lepas, atau latihan-latihan berformat UPSR yang ada di pasaran. Kita akan sedar soalan-soalan banyak berkenaan

aim (tujuan)

to state what is kept the same (pemboleh ubah dimalarkan), what is changed (pemboleh ubah 

dimanipulasikan), what is observed (pemboleh ubah bergerak balas)

information gathered (maklumat dikumpulkan)

state the relationship (kaitkan hubungan antara)

state your reason (inference) (sebab / inferen)

what is the hypothesis (nyatakan hipotesis)

predict (ramalkan)

trend (corak)

observation (pemerhatian)

kesimpulan (conclusion)

Pembolehubah yang bergerak balas / Dimanipulasikan
Sebagai langkah paling awal untuk mahir dalam Bahagian B ialah mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam aktiviti / eksperimen dalam soalan berkenaan.
Pemboleh Ubah Dimanipulasikan – Pemboleh Ubah Bergerak Balas
Untuk tutorial ini, saya menggunakan pendekatan Bahasa Melayu. Guru anda mungkin menggunakan pengenalan ” TO ” “TC” atau “WTO” “WTC” atau mungkin juga “T2O”  “T2C” dan ada juga ”C” dan “O/M”. Kesemuanya digunakan sebagai nota ringkas atau penandaan yang mesti diconteng oleh murid di atas kertas soalan bagi memudahkan murid menjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan. Namun, pedoman ini amat membantu jika anda seorang murid yang membaca, menulis dan berfikir dalam Bahasa Inggeris (objektif asal PPSMI).
Untuk itu, saya akan menggunakan dua istilah sahaja: No. 1 dan No.2.  Jadi, bagaimana nak kaitkan dengan pembolehubah tersebut?
Bayangkan kalau kita dimarahi ibu kita kerana menipu ibu kita. Ibu kita pasti akan memarahi kita sambil menuding jari telunjuk ke arah kita sambil memberi amaran supaya beringat.
Jadi, kerana menipu, kita dimarahi sambil dituding jari telunjuk. Jari telunjuk (1 jari), menipu (manipulasi).
Bagaimana anda bergerak (pergi) ke sekolah? Bas? Basikal? Jalan kaki? Asasnya, pasti kita pergi menggunakan 2 kaki.2 kaki, bergerak ke sekolah.
Kesimpulannya, No. 1 – pemboleh ubah dimanipulasikanNo.2 – pemboleh ubah bergerak balas.
Bagaimana nak menentukan No. 1 dan No. 2?
Bentuk 1 : Jadual (Kes 1)
Minggu
1
2
3
4
5
Bilangan Katak
10
20
30
40
50
Bilangan Belalang
100
90
80
70
60
No. 2 biasanya adalah yang paling kanan atau paling bawah. Kalau kita tunjuk ‘peace’, pasti kita guna tangan kanan, dan ‘peace’ menunjukkan dua jari.
Jadi, No.2 ialah bilangan belalang.
No. 1 pula biasanya sebelum No. 2. Maka, No. 1 ialah bilangan katak.
Soalan:
Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan.
Bilangan katak.
Apakah pemboleh ubah bergerak balas?
Bilangan belalang.
Bentuk 1 : Jadual (Kes 2)
Kadangkala, terdapat juga jadual 3 kolum tetapi tidak mematuhi kes 1.
Saiz sangkar
Purata jisim asal kucing (kg)
Jisim kucing selepas dua minggu (kg)
        Kecil
1.2
1.3
        Sederhana
1.2
1.7
        Besar
1.2
2.1
Dalam apa bentuk atau berapa bilangan kolum jadual sekalipun, No.2 tetap yang paling kanan atau yang paling bawah. Yang berubah ialah No.1 sahaja.
Sekiranya didapati sebelum No.2, maklumat angka adalah sama kesemuanya, maka No.1 berpindah ke kolum sebelumnya iaitu saiz sangkar.
Soalan:
Apakah pemboleh ubah dimanipulasikan?
Saiz sangkar.
Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas.
Jisim kucing selepas dua minggu.
Bentuk 2: Graf
Untuk graf, anak panah ke kanan ialah No.1. Panduan mengingat, apabila kita hendak menunjuk arah apabila ditanya orang, sebagai contoh, “Di manakah arah ke sekolah?” , maka kita akan menunjukkan arah dengan tangan kanan menggunakan satu ibu jari.
Anak panah ke atas pula ialah No.2.
Soalan:
Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan.
Tahun penyiasatan.
Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas.
Bilangan tapir.
Kes khas
Nampak panduan di atas seperti mudah, tetapi ada cabarannya. Ada yang kena kita cari, dan ada yang boleh terus diambil.
Sebagai petunjuk mudah, setiap pemboleh ubah tidak boleh terdiri daripada satu perkataan. Mesti dua perkataan atau lebih.
Contoh.
Kita dapati No.2 ialah isi padu air yang dikumpul. Maka, mengikut panduan di atas, No. 1 ialah span. Tetapi telah cikgu maklumkan, jika No.1 itu terdiri dari satu perkataan, maka kita kena tengok gambar atau baca soalan. Kebiasaannya, gambar akan diberi.
Lihat gambar. Mesti ada satu perkara atau maklumat yang tidak sama antara satu sama lain. Ya, gambar menunjukkan span. Ada tiga span. Tetapi apa yang tak sama antara ketiga-tiga span itu?
Ya, ada span yang kecil. Ada span yang besar. Kecil atau besar, ini adalah berkenaan saiz. Jadi, No.1 ialah saiz span.
Saiz adalah disebut sebagai parameterspan adalah objek.
Sebagai panduan, antara parameter yang biasa digunakan (bergantung kepada soalan/gambar):
- saiz
- ketinggian
-luas tapak
- luas permukaan
- bilangan
  Teknik Umum Bahagian B
Diberikan di bawah adalah teknik am cara menjawab Bahagian B dalam soalan Sains UPSR. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment